Thursday, November 1, 2007

Cerita 3 - Berkata mengenai keadilan manusia

Pernahkah anda menyiram pokok bunga? Adakah anda menyiram pokok bunga yang kecil dan tidak yang besar? Pada pandangan anda pokok besar tidak perlu air jadi anda tidak mengendahkannya. Tahukah anda bahawa Allah apabila menurunkan hujan Dia menurunkan kepada semua? Yang kecil dan besar dapat semua. Baiklah, bagaimana anda berjumpa manusia? Biasa bukan bila kita memberi salam kepada orang yang kita kenal dan tidak kepada yang tidak kenal? Jika begitu apakah erti persaudaraan pada kita? Adakah ikhlas kita terhadap saudara seIslam kita? Bagaimana pula bila bertemu di jalanraya? Terasa marah kepada pemandu di jalanraya (yang membunyikan hon kepada kita) tetapi rasa itu reda apabila diketahui rupanya itu kawan kita. Bagaimana perasaan kita berada pada kedudukan itu? Bayangkan kalau kita sebagai kawan dia, kita tahu dia tarik balik kemarahan sebagai kita kawan dia, dan dia kenal kita, tapi kalau kita tidak dikenalnya sudah tentu dia lepaskan kemarahan itu. Apa pandangan anda? Anda mempunyai pengalaman lain yang menarik?

Cerita 2 - Apakah impian anda yang belum tercapai?

Manusia sering lupa dan alpa. Masa berlalu begitu sahaja. Setiap kita menyimpan impian, cita-cita, dan membuat pelbagai perkara tetapi berapa banyak yang terlaksana? Penulis mempunyai pelbagai impian yang belum terlaksana. Dari yang sebesar impian seperti menjadi seorang jutawan, ingin menghafal Quran, mempelajari bahasa Arab, mengembara seluruh dunia, dan kepada lain perkara seperti memiliki lesen motosikal :), menghafal juzuk amma mengikut susunan (dah lama dah :), menggembirakan anak-anak dengan hadiah kesukaan mereka, membuat lanskapyang indah di taman, .... Bagaimana dengan anda? Apakah perkara yang ingin anda lakukan? Yang belum terlaksana? Bagaimana anda mendorong diri anda mengusahakan sesuatu perkara? Ada orang berpegang 'hendak seribu daya taknak seribu dalih', kita hendak banyak perkara tapi daya kita tidak sampai seribu. Lontarkan pandangan anda!

Cerita 1 - Apakah nikmat yang kita gunakan?

Apabila kita 'tension' selalunya kita akan berbuat sesuatu untuk menghilangkannya. Paling tidak meredakannya. Ada di antara kita yang melepaskannya dengan makan, ada yang tidur, ada yang bersembang dengan kawan-kawan, ada yang berjalan-jalan menghirup udara segar, ada yang menonton televisyen. Pendek kata sedar atau tidak, semua itu kita menggunakan ni'mat Allah. Makan itu ni'mat Allah, tidur itu juga ni'mat Allah. Penulis pada waktu dahulu jika ada terasa berat masalah selalunya suka menggunakan ni'mat Allah iaitu tidur. Apabila tidur dapat meredakan ketegangan di kepala. Alhamdulillah. Bagaimana pula dengan anda? Apakah cara anda bila berhadapan dengan masalah?